ShareThis

Trend Pakai LEGGING Dan Tudung...? Butik "Konon Muslimah" Lah Penjenayahnya !!




Peniaga yang jual LEGGINGS di kedai mereka, berdosa ke..?

Jawapan: Tidak berdosa. Jual LEGGINGS tu samalah macam jual baju tidur seksi dan pakaian dalam wanita yang lain. Wanita yang beli LEGGINGS pun tak berdosa, malah diharuskan untuk keselesaan peribadi di dalam rumah dan malah dapat pahala pula jika dipakai untuk tontonan suami yang suka isterinya pakai ketat-ketat. Maksudnya, LEGGINGS boleh jadi dosa jika tidak kena pada tujuan pemakaiannya.



Pada waktu bilakah peniaga LEGGINGS boleh jatuh berdosa ?

Jawapannya: Apabila pemilik kedai / peniaga itu dengan sengaja telah menggalakkan amalan memakai LEGGINGS ketat tersebut untuk pandangan dan kenikmatan orang ramai, samaada peniaga tersebut sendiri yang memakai LEEGINGS secara terbuka di kedainya ataupun dia telah mempromosikan trend LEGGINGS ketat bersama tudung kepada orang ramai melalui patung di hadapan kedainya. Peniaga tersebut telah menyampaikan mesej bahawa TUDUNG dan LEGGINGS boleh dipadankan, padahal sebenarnya di dalam Islam hukumya HARAM.