ShareThis

Melayu Pakai Seluar Renang Ke Supermarket

Seorang lelaki bernama Roji. Datang perempuan sekitar lewat 20'an duduk bersila di sebelahnya. "Boleh akak duduk?" soal perempuan tersebut. "Boleh kak, apa salahnya, platform ni bukan saya yang punya. Hehehe." jawab Roji dengan humor yang kontang. "Akak pakai legging ni nak ke mana? Ada kelas renang ke?" Sambung Roji. Walaupun petanyaan Roji agak kendur tapi perempuan tersebut rasa macam ada tali tangsi tegang yang tersangkut pada lehernya. Lantas perempuan tersebut menjawab, "adik apa tahu? ini fesyen." "Oh ya ke? Tak tahu pula saya ini namanya fesyen. Hehehe. Akak tunggu siapa?"


Sambil menarik legging yang tersangkut pada kelengkangnya (ketat sangat barangkali) perempuan tersebut menyambung, "akak tunggu kawan awak, entah mana dia. Kata dah sampai."

Roji diam sebab dia tak tahu nak tanya apa lagi. Nak tanya lebih-lebih takut makwe orang (atau tunang?). Takut juga pakwenya (atau tunangnya) akan datang kejap lagi. "Dik, akak tersalah platform ni. Akak nak ke Perlabuhan Klang sebenarnya, platform 5. Kat sebelah sana" tangannya menuding ke arah belakang. "Tu hah! Kawan akak kat sana, patutnya tak nampak. Hahaha."

Ada macam yang tak kena dengan 'kawan' perempuan tadi. Bukan soal apa yang dipakai kawan perempuan tadi. Tapi soal rupa kawan perempuan tersebut. Roji bangun dan datang ke arah kawan perempuan itu. "Eh, Kak Ngah buat apa kat sini? Kak Ngah kenal akak ni ke?" Roji rasa macam ada sauh kapal sedang menghempap tempurung kepalanya. "Ini kawan akak lah Roji! Macam mana kau orang boleh kenal?" Belum sempat Roji menjawab pertanyaan kakaknya, perempuan yang duduk di sebelahnya tadi memintas. "Aik? Kau orang adik-beradik? Dik, tengok. Akak adik pun pakai legging. Inilah namanya fesyen".

Roji terkedu. Tak sangka kakaknya sudah tidak tahu berenang, sedangkan masa kecil dulu mereka sama-sama berkubang di tali air. Baginya, memakai legging umpama pakaian orang ke kelas renang. Celaka betul. mengata orang tapi akak sendiri pun buta fesyen

Kredit: zinesatumalam.blogspot.com